Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda
bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci
orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia
mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang
mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah!'.
Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu
menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya
apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith
Riwayat Bukhari)
Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s.
a. w. yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia
meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan
masuk (melalui mulut yang terbuka.” Riwayat Imam Muslim
Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah suka kepada
orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap . Maka
apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang
demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.” Hadith riwayat Imam
Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi
Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah
saw yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang
mengangkat suara ketika menguap dan bersin.” Hadith riwayat Imam Muslim,
Ahmad dan At-Tirmidzi
Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:
1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.
2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam
atau di luar solat.
3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau
bersin.
4. Sunat ketika bersin mengucapkan
“Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan
“Yarhamukallah”.
5. Sunat mengucapkan “Astaghfirullah” selepas menguap.
Sekian, wallahu a’lam
FOrwARDED BY: Shyarji
Friday, September 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment